Saturday, 28 February 2015

RESEPI | Potato Fritters



Hai , uolls . haha
Hari ni kita nak kongsi resepi yang pernah zati cuba sebelum nih .
*dah lama dah cuba resipi ni . baru ni nak update . huhu*
Resepi ni pun zati dapat dari blog Kak Azlita Masam Manis .
*cc to kak azlita . hihi .*
agak menjadi jugak la potato fritters yg zati buat dengan bantuan mak .
*huhu . orang baru belajar nak masak . heh*
Ok , bawah nih zati ada sertakan resepi nya .
*copy paste dari blog Kak Azlita Masam Manis . minta halal ilmu nya ya . hihi*



POTATO FRITTERS ~ CUCUR KENTANG
Resepi Oleh : Noraida Durani
Rujukan : Yatie

Bahan-bahan :
3 biji kentang ~ di sagat jangan halus sangat ya
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum 
1 biji telur
Daun bawang atau daun sup
1 tangkai cili merah
Sedikit lada sulah
Sedikit lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak 


Cara-cara :
1. Satukan kentang yang telah disagat dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula
2. Gaul sebati
3. Panaskan minyak masak dalam kuali leper
4. Pastikan minyak benar-benar panas supaya kentang tak menyerap minyak
5. Sudukan sedikit adunan dalam kuali dan leperkan
6. Taburkan sedikit lada hitam 
7. Biar garing baru terbalikkan sebelah lagi
8. Bila dah masak angkat dan letakkan atas tisu supaya serap minyaknya
9. Sedia di hidangkan bersama sos cili

Nota : Blog Kak Azlita sangat BEST & sesuai untuk rujukan masakan . Zati bagi BANYAK bintang . huhu .

No comments:

Post a Comment